

Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian, Malaysia, 2023
Bilangan perkahwinan menurun 0.5 peratus kepada 214,824,
manakala perceraian meningkat 43.1 peratus kepada 62,890 pada tahun 2022
-
Bilangan perkahwinan menurun 0.5 peratus daripada 215,973 (2021) kepada 214,824 (2022). Manakala, bilangan perceraian meningkat 43.1 peratus daripada 43,936 (2021) kepada 62,890 (2022).
-
Kadar Perkahwinan Am bagi lelaki juga menurun daripada 46.0 (2021) kepada 45.3 (2022) bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang belum berkahwin. Trend yang sama juga bagi pengantin perempuan iaitu menurun daripada 47.6 (2021) kepada 47.1 (2022) bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang belum berkahwin.
-
Kadar Perceraian Am bagi lelaki meningkat daripada 6.1 kepada 8.7 bagi setiap seribu penduduk lelaki yang berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin. Trend yang sama juga direkodkan bagi perempuan, daripada 6.2 kepada 8.9 bagi setiap seribu penduduk perempuan yang berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin.
-
Umur penengah bagi pengantin lelaki kekal 28.0 tahun, manakala pengantin perempuan meningkat kepada 27.0 daripada 26.0 tahun (2022).
-
Pengantin lelaki dan perempuan paling tua direkodkan pada tahun 2022 adalah masing-masing berumur 92 tahun dan 86 tahun.
-
Bulan popular bagi perkahwinan Orang Islam adalah bulan Disember 2022, manakala Orang Bukan Islam adalah pada bulan Februari 2022. Bulan April mencatatkan perkahwinan terendah bagi Orang Islam dan Ogos bagi Orang Bukan Islam.

Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian, Malaysia, 2022
Bilangan perkahwinan meningkat 15.4 peratus,
manakala bilangan perceraian menurun 7.1 peratus pada tahun 2021
-
Bilangan perkahwinan meningkat 15.4 peratus daripada 186,297 (2020) kepada 214,943 (2021). Manakala, bilangan perceraian menurun 7.1 peratus daripada 47,272 (2020) kepada 43,934 (2021).
-
Selari dengan peningkatan bilangan perkahwinan, Kadar Perkahwinan Am bagi lelaki meningkat daripada 42.8 kepada 45.8 bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang belum berkahwin. Trend yang sama juga bagi pengantin perempuan, yang mana merekodkan peningkatan daripada 44.6 kepada 47.4 bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang belum berkahwin.
-
Kadar Perceraian Am peringkat nasional bagi lelaki bertambah baik kepada 6.1 daripada 6.7 bagi setiap seribu penduduk lelaki yang berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin. Trend yang sama juga bagi perempuan, yang mana bertambah baik kepada 6.2 daripada 6.9 bagi setiap seribu penduduk perempuan yang berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin.
-
Umur penengah bagi pengantin lelaki dan perempuan kekal masing-masing pada umur 28.0 dan 26.0 tahun pada 2021.
-
Pengantin lelaki dan perempuan paling tua direkodkan pada tahun 2021 adalah berumur 92 dan 84 tahun.
-
Disember merupakan bulan popular bagi perkahwinan. Manakala, Jun mencatatkan bilangan perkahwinan terendah bagi Orang Islam dan Bukan Islam pada tahun 2021.

Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian, Malaysia, 2021
Bilangan Perkahwinan Terus Menurun dan Ramai Wanita Umur Lebih Muda Berkahwin pada Tahun 2020
-
Bilangan perkahwinan menurun 9.4 peratus daripada 203,661 (2019) kepada 184,589 (2020). Oleh itu, CMR menurun daripada 6.3 (2019) kepada 5.7 (2020) bagi setiap seribu penduduk. Bilangan perkahwinan terkesan disebabkan oleh pandemic koronavirus (COVID-19) dan ramai pasangan yang menangguhkan perkahwinan mereka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa PKP, aktiviti akad nikah dilaksanakan secara dalam talian dan tertakluk kepada kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Agama Islam Negeri.
-
Bilangan perkahwinan Orang Islam yang direkodkan pada 2020 adalah 145,202, penurunan 1.8 peratus berbanding 147,847 (2019). CMR menurun daripada 7.4 (2019) kepada 7.3 (2020) bagi setiap seribu penduduk Islam. Perkahwinan Orang Bukan Islam turut merekodkan penurunan 29.4 peratus daripada 55,814 (2019) kepada 39,387 (2020). Oleh itu, CMR menurun daripada 4.4 (2019) kepada 3.1 (2020) bagi setiap seribu penduduk Bukan Islam.
-
Bilangan perceraian menurun 19.2 peratus daripada 56,624 (2019) kepada 45,754 (2020). Oleh itu, CDR menurun daripada 1.7 (2019) kepada 1.4 (2020) bagi setiap seribu penduduk.
-
Bilangan perceraian Orang Islam yang direkodkan pada 2020 adalah 37,853, menurun 16.8 peratus berbanding 45,502 (2019). CDR menurun daripada 2.3 (2019) kepada 1.9 (2020) bagi setiap seribu penduduk Islam. Perceraian Orang Bukan Islam turut merekodkan penurunan 29.0 peratus daripada 11,122 (2019) kepada 7,901 (2020). Oleh itu, CDR mencatatkan penurunan.

Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian, Malaysia, 2020
Bilangan Perkahwinan Menurun dengan Umur Penengah Perkahwinan Perempuan Meningkat kepada 27 Tahun
dan Perceraian Meningkat kepada 12 Peratus
-
Bilangan perkahwinan menurun 1.2 peratus daripada 206,352 (2018) kepada 203,821 (2019). Oleh itu, CMR menurun daripada 6.4 (2018) kepada 6.3 (2019) bagi setiap seribu penduduk.
-
Bilangan perkahwinan Orang Islam yang direkodkan pada 2019 adalah 147,847, penurunan 1.5 peratus berbanding 150,098 (2018). CMR menurun daripada 7.6 (2018) kepada 7.4 (2019) bagi setiap seribu penduduk Islam. Perkahwinan Orang Bukan Islam turut merekodkan penurunan 0.5 peratus daripada 56,254 (2018) kepada 55,974 (2019). Oleh itu, CMR menurun daripada 4.5 (2018) kepada 4.4 (2019) bagi setiap seribu penduduk Bukan Islam.
-
Umur penengah bagi pengantin lelaki kekal pada umur 28.0 tahun, manakala umur pengantin perempuan meningkat daripada 26.0 tahun kepada 27.0 tahun. Umur penengah bagi pengantin lelaki dan perempuan untuk Orang Islam dan Orang Bukan Islam kekal tidak berubah.
-
Bilangan perceraian meningkat 12.0 peratus daripada 50,862 (2018) kepada 56,975 (2019). Oleh itu, CDR meningkat daripada 1.6 (2018) kepada 1.8 (2019) bagi setiap seribu penduduk.
-
Bilangan perceraian Orang Islam yang direkodkan pada 2019 adalah 45,502, meningkat 13.0 peratus berbanding 40,269 (2018). CDR meningkat daripada 2.0 (2018) kepada 2.3 (2019) bagi setiap seribu penduduk Islam. Perceraian Orang Bukan Islam turut merekodkan peningkatan 8.3 peratus daripada 10,593 (2018) kepada 11,473 (2019). Oleh itu, CDR mencatatkan peningkatan daripada 0.8 (2018) kepada 0.9 (2019) bagi setiap seribu penduduk Bukan Islam.