top of page
PERANGKAAN SEBAB KEMATIAN 2023 1.jpg

Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2023

Ischaemic Heart Diseases Merupakan Sebab Kematian Utama Negara Terutamanya di 73 Daerah

  • Bilangan kematian menurun 8.0 peratus pada tahun 2022 berbanding 224,569 kematian pada tahun 2021 kepada 206,525 kematian pada 2022. Pada 2022, 61.1 peratus (126,268) daripada 206,525 kematian merupakan kematian yang disahkan secara perubatan manakala 38.9 peratus (80,257) adalah kematian yang tidak disahkan secara perubatan.

  • Ischaemic heart diseases merupakan kematian utama di Malaysia pada 2022 dengan 20,322 kematian atau 16.1 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan. Ischaemic heart diseases adalah sebab kematian utama sejak lebih dua dekad yang lalu kecuali pada 2021 di mana COVID-19 infection (due to) menjadi sebab kematian utama.

  • Sebanyak 13,817 (18.2%) kematian disebabkan oleh Ischaemic heart diseases adalah dalam kalangan lelaki, manakala sebab kematian utama bagi perempuan adalah Pneumonia iaitu 7,201 (14.3%).

  • Ischaemic heart diseases merupakan sebab kematian utama bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia yang mana Melayu (17.3%), Cina (14.7%) dan India (21.1%) kecuali Bumiputera Lain yang merekodkan Pneumonia (11.5%) sebagai sebab kematian utama.

  • Dari segi kumpulan umur, sebab kematian utama bagi penduduk berumur 41-59 tahun dan 60 tahun dan lebih adalah Ischaemic heart diseases masing-masing pada 20.0 peratus dan 16.7 peratus. Selain itu, Transport accidents merupakan sebab kematian utama bagi penduduk berumur 15-40 tahun (19.2%), manakala Pneumonia adalah sebab kematian utama bagi penduduk berumur 0-14 tahun (4.0%).

  • Semua negeri di Malaysia merekodkan Ischaemic heart diseases sebagai sebab kematian utama pada tahun 2022 kecuali Sabah dan Sarawak yang merekodkan Pneumonia sebagai sebab kematian utama pada tahun yang sama. Kelantan merekodkan peratusan tertinggi bagi Ischaemic heart diseases iaitu 23.3 peratus diikuti Perlis (23.1%) dan Melaka (20.0%).

  • Ischaemic heart diseases juga merupakan sebab kematian utama di 73 daerah pentadbiran dan peratusan tertinggi direkodkan di daerah Bera, Pahang dengan 26.9 peratus

CV1B3 PERANGKAAN SEBAB KEMATIAN 2022 - half.jpg

Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2022

COVID-19 infection merupakan sebab kematian utama di Malaysia pada tahun 2021

  • Bilangan kematian meningkat 34.5 peratus pada tahun 2021 berbanding 166,970 kematian pada tahun 2020 disebabkan berlaku lebihan kematian semasa pandemik COVID-19. Kematian yang disahkan secara perubatan meningkat kepada 70.0 peratus (157,251) daripada 224,569 kematian manakala 30.0 peratus (67,318) adalah kematian yang tidak disahkan secara perubatan.

  • COVID-19 infection (due to) merupakan sebab kematian utama di Malaysia pada tahun 2021 iaitu 31,063 kematian atau 19.8 peratus daripada 157,251 sebab kematian yang disahkan secara perubatan. Ischaemic heart diseases mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini dengan 13.7 peratus diikuti Pneumonia (11.1%), Cerebrovascular diseases (6.5%) dan Transport accidents (1.9%).

  • COVID-19 infection (due to) adalah sebab kematian utama bagi lelaki dan perempuan dengan masing-masing mencatatkan 17,708 dan 13,355 kematian.

  • Sebab kematian utama bagi etnik utama di Malaysia adalah COVID-19 infection (due to) iaitu Melayu (17.9%), Bumiputera lain (18.5%), Cina (16.3%) dan India (19.5%).

  • Semua kumpulan umur merekodkan COVID-19 infection (due to) sebagai sebab kematian utama kecuali kumpulan umur 0-14 tahun yang merekodkan Transport accidents sebagai sebab kematian utama.

  • Sembilan negeri di Malaysia merekodkan COVID-19 infection (due to) sebagai sebab kematian utama pada tahun 2021 kecuali Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis dan Terengganu. Negeri-negeri ini merekodkan Ischaemic heart diseases sebagai sebab kematian utama. Manakala hanya W.P. Putrajaya merekodkan Pneumonia sebagai sebab kematian utama dengan 12.4 peratus.

KULIT BUKU PERANGKAAN SEBAB KEMATIAN 2021_edited.jpg

Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2021

Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama

  • Ischaemic heart diseases masih kekal sebagai sebab kematian utama, iaitu 17.0 peratus daripada 109,155 sebab kematian yang disahkan secara perubatan pada 2020. Ini diikuti Pneumonia (11.4%), Cerebrovascular diseases (8.3%), Transport accidents (2.9%) dan Malignant neoplasm of trachea, bronchus and lung (2.5%).

  • Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama bagi lelaki dengan 19.3 peratus daripada 65,918 sebab kematian yang disahkan secara perubatan pada 2020. Ini diikuti oleh Pneumonia (11.1%), Cerebrovascular diseases (7.7%), Transport accidents (4.1%) dan Malignant neoplasm of trachea, bronchus and lung (2.8%).

  • Ischaemic heart diseases menjadi sebagai sebab kematian utama bagi perempuan dengan 13.4 peratus daripada 43,237 sebab kematian yang disahkan secara perubatan pada 2020. Ini diikuti oleh Pneumonia (11.7%), Cerebrovascular diseases (9.3%), Malignant neoplasm of breast (4.5%) dan Diabetes mellitus (2.5%).

  • Sebab kematian utama di bandar dan luar bandar pada 2020 adalah Ischaemic heart diseases, masing-masing mencatatkan

  • 17.2 peratus dan 16.5 peratus. Ischaemic heart diseases menjadi sebab kematian utama semula bagi luar bandar bermula 2018 setelah Pneumonia menjadi sebab kematian utama pada tahun 2015 hingga 2017.

  • Obstetric embolism dicatatkan sebagai sebab kematian utama bagi ibu bersalin pada 2020 dengan 18.8 peratus diikuti Postpartum haemorrhage (16.2%), Gestational [pregnancy-induced] hypertension with significant proteinuria (6.8%), Ectopic pregnancy (6.0%) dan Eclampsia (6.0%).

  • Certain conditions originating in the perinatal period kekal sebagai sebab utama kematian bagi bayi pada 2020 dengan 43.7 peratus diikuti Congenital malformations, deformations and chromosomal abnormalities (32.4%), Pneumonia (2.3%), Cerebrovascular diseases (0.6%) dan Diseases of the liver (0.5%).

CV1 PERANGKAAN SEBAB KEMATIAN 2020 NEW_edited.jpg

Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2020

Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama

  • Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama, 15.0 peratus daripada 109,164 sebab kematian yang disahkan secara perubatan pada 2019. Ini diikuti Pneumonia (12.2%), Cerebrovascular diseases (8.0%), Transport accidents (3.8%) dan Malignant neoplasm of trachea, bronchus and lung (2.4%).

  • Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama bagi lelaki (17.3%) pada 2019. Ini diikuti oleh Pneumonia (11.6%), Cerebrovascular diseases (7.5%), Transport accidents (5.5%) dan Malignant neoplasm of trachea, bronchus and lung (2.7%).

  • Pneumonia kekal sebagai sebab kematian utama bagi perempuan dengan 13.2 peratus, diikuti oleh Ischaemic heart diseases (11.4%), Cerebrovascular diseases (8.7%), Malignant neoplasm of breast (4.3%) dan Diabetes mellitus (2.4%).

  • Sebab kematian utama di bandar dan luar bandar pada 2019 adalah Ischaemic heart diseases, masing-masing mencatatkan 15.2 peratus dan 14.5 peratus.

  • Manakala, Postpartum haemorrhage dicatatkan sebagai sebab kematian utama bagi ibu bersalin untuk 2019 pada 17.5 peratus diikuti oleh Obstetric embolism (12.6%), Eclampsia (9.7%), Ectopic pregnancy (5.8%) dan Puerperal sepsis (5.8%).

  • Certain conditions originating in the perinatal period kekal sebagai sebab utama kematian bagi bayi untuk 2019 pada 42.0% diikuti Congenital malformations, deformations and chromosomal abnormalities (31.1%), Pneumonia (2.0%), Meningitis (0.6%) dan Chronic lower respiratory diseases (0.6%).

Hubungi Kami

Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi
Jabatan Perangkaan Malaysia

Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya

03-8885 7000

  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • YouTube
  • TikTok

lokasi

JOM Berhubung dengan kami

bottom of page