
_page-0001.jpg)
Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2023
Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk 2.1 peratus
didorong oleh migrasi antarabangsa
-
Jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 2.1 peratus. Peningkatan kadar pertumbuhan penduduk ini disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk Bukan Warganegara yang lebih tinggi iaitu meningkat daripada 2.5 juta (2022) kepada 3.0 juta (2023). Penduduk Warganegara meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan yang kecil iaitu 0.7 peratus (2022: 0.6%).
-
Peningkatan kadar pertumbuhan penduduk ini turut berlaku di beberapa negara lain seperti Singapore (3.4%), Australia (1.9%), Germany (1.3%), Canada (0.7%) dan United States of America (0.5%).
-
Tiga negeri iaitu Sabah (5.1%), W.P. Labuan (2.6%) dan Selangor (2.2%) telah melepasi kadar pertumbuhan nasional 2.1 peratus.Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada 2023 ialah Selangor (21.6%) diikuti Johor (12.3%) dan Sabah (10.8%). Sebaliknya, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu masing-masing 0.3 peratus dan 0.4 peratus.
-
Komposisi penduduk Warganegara menurun daripada 92.4 peratus (2022) kepada 91.1 peratus pada 2023. Ini menyumbang kepada peningkatan komposisi penduduk Bukan Warganegara daripada 7.6 peratus kepada 8.9 peratus dalam tempoh yang sama. Peningkatan ini selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 mulai Januari 2023.
-
Lelaki melebihi perempuan pada 2023 iaitu masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta. Nisbah jantina bagi keseluruhan penduduk ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Bagi tempoh 2022-2023, nisbah jantina Warganegara kekal pada 103 manakala Bukan Warganegara menurun daripada 227 kepada 226 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
-
Komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.6 peratus pada 2022 kepada 70.0 peratus pada 2023. Peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.2 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh yang sama. Manakala, komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2023 menurun kepada 22.6 peratus berbanding 23.2 peratus pada 2022.

Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2022
Kadar Pertumbuhan Penduduk Malaysia 2022 Menurun Namun Kekal Positif Pada 0.2 Peratus,
Penduduk Melaka Telah Mencecah 1 Juta Orang Pada 2021
-
Pada 2022, jumlah penduduk di Malaysia termasuk Bukan Warganegara dianggarkan 32.7 juta dengan 92.6 peratus (30.2 juta) terdiri dari Warganegara dan 7.4 peratus (2.4 juta) adalah Bukan Warganegara.
-
Kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun kepada 0.2 peratus (2022) berbanding 0.4 peratus pada 2021.
-
Penduduk Bukan Warganegara menunjukkan penurunan daripada 2.6 juta (2021) kepada 2.4 juta pada 2022.
-
Nisbah jantina di Malaysia pada 2022 adalah 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
-
Umur penengah penduduk pada 2022 meningkat kepada 30.4 tahun, iaitu peningkatan sebanyak 0.3 tahun berbanding 2021 (30.1 tahun).
-
Penduduk tua (65 tahun dan lebih) meningkat kepada 7.3 peratus (2.4 juta) pada 2022 berbanding 7.0 peratus (2.3 juta) pada 2021.
-
Nisbah tanggungan jumlah menurun kepada 43.9 (2022) daripada 44.1 (2021).

Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2021
Kadar pertumbuhan penduduk warganegara kekal stabil
pada 1.0 peratus
-
Pada 2021, jumlah penduduk di Malaysia termasuk Bukan Warganegara dianggarkan 32.7 juta dengan 91.8% (30.0 juta) terdiri dari Warganegara dan 8.2% (2.7 juta) adalah Bukan Warganegara.
-
Kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun kepada 0.2%.
-
Penduduk Bukan Warganegara menunjukkan penurunan daripada 3.0 juta (2020) kepada 2.7 juta pada 2021
-
Nisbah jantina di Malaysia pada 2021 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan
-
Umur penengah penduduk pada 2021 meningkat kepada 29.6 tahun, iaitu peningkatan sebanyak 3.3 tahun setelah satu dekad (2010-2021).
-
Penduduk tua (65 tahun dan lebih) meningkat kepada 7.4% (2.3 juta) pada 2021.
-
Nisbah tanggungan jumlah meningkat kepada 43.6 (2021).

Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2020
Kadar pertumbuhan penduduk warganegara kekal stabil
pada 1.1 peratus
-
Pada 2020, jumlah penduduk di Malaysia termasuk Bukan Warganegara dianggarkan 32.7 juta dengan 90.9 peratus (29.7 juta) terdiri dari Warganegara dan 9.1 peratus (3.0 juta) adalah Bukan Warganegara
-
Kadar pertumbuhan penduduk tahunan pada 0.4 peratus, menunjukkan trend pertumbuhan yang perlahan.
-
Penduduk Bukan Warganegara menunjukkan penurunan berterusan dari 3.1 juta (2019) kepada 3.0 juta pada 2020.
-
Nisbah jantina di Malaysia pada 2020 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan
-
Umur penengah penduduk pada 2020 adalah 29.2 tahun, meningkat 2.9 tahun setelah satu dekad (2010-2020).
-
Penduduk muda (0-14 tahun) kekal menurun sepanjang tahun iaitu menurun kepada 23.3 peratus atau 7.6 juta, sementara penduduk bekerja (15-64 tahun) menurun menjadi 69.7 peratus (22.8 juta). Sebaliknya, penduduk tua (65 tahun ke lebih) meningkat kepada 7.0 peratus (2.3 juta).
-
Nisbah tanggungan jumlah meningkat kepada 43.5 (2020) dari 43.4 (2019). Nisbah tanggungan umur muda terus menurun dari 33.7 (2019) kepada 33.4 (2020). Sebaliknya, nisbah tanggungan umur tua terus meningkat dari 9.7 (2019) kepada 10.1 (2020).