top of page
JADUAL HAYAT RINGKAS 2021-2023 + tulang_page-0001.jpg

Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2021-2023

Seorang bayi yang lahir pada 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 74.8 tahun

  • Seorang bayi lelaki yang lahir pada tahun 2021, 2022 dan 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 71.8 tahun, 71.5 tahun dan 72.5 tahun.

  • Seorang bayi perempuan yang lahir pada tahun 2021, 2022 dan 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 76.5 tahun, 76.4 tahun dan 77.4 tahun.

  • Seorang lelaki yang mencapai umur 15 tahun pada 2023 dijangka hidup selama 58.3 tahun lagi.

  • Seorang perempuan yang mencapai umur 15 tahun pada 2023 dijangka hidup selama 63.1 tahun lagi.

  • Lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun pada 2023 masing-masing dijangka hidup selama 18.3 tahun dan 21.1 tahun lagi. Ini bermakna, lelaki yang berumur 60 tahun pada 2023 dijangka hidup sehingga 78.3 tahun dan perempuan, 81.1 tahun.

  • Lelaki dan perempuan yang berumur 65 tahun pada 2023 masing-masing dijangka hidup selama 14.9 tahun dan 17.2 tahun lagi. Ini bermakna, lelaki yang berumur 65 tahun pada 2023 dijangka hidup sehingga 79.9 tahun dan perempuan, 82.2 tahun.

  • Cina kekal mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2021 hingga 2023.

  • Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2021 hingga 2023 manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh yang sama.

  • Petaling, Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi (80.5 tahun) bagi tahun 2023, manakala Samarahan, Sarawak mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi pada tahun 2021 (79.8 tahun) dan 2022 (79.6 tahun) di peringkat daerah. Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tahun 2022 (63.2 tahun) dan 2023 (62.8 tahun) manakala Kuala Penyu, Sabah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2021 (64.2 tahun).

JADUAL HAYAT RINGKAS 2020-2022.jpeg

Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2020-2022

Penurunan Jangkaan Hayat Bagi Tahun 2020-2022 adalah Disumbangkan Oleh
PeningkatanLebihan Kematian (Excess Deaths) Semasa Pandemik COVID-19

  • Seorang bayi yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup sehingga 73.4 tahun.

  • Seorang bayi lelaki yang lahir pada tahun 2020, 2021 dan 2022 secara purata dijangka hidup sehingga 72.5 tahun, 72.3 tahun dan 71.3 tahun.

  • Seorang bayi perempuan yang lahir pada tahun 2020, 2021 dan 2022 secara purata dijangka hidup sehingga 77.2 tahun, 77.0 tahun dan 75.8 tahun.

  • Seorang lelaki yang mencapai umur 15 tahun pada 2022 dijangka hidup selama 56.9 tahun lagi.

  • Seorang perempuan yang mencapai umur 15 tahun pada 2022 dijangka hidup selama 61.3 tahun lagi.

  • Lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 17.5 tahun dan 20.1 tahun lagi. Ini bermakna, lelaki yang berumur 60 tahun pada 2022 dijangka hidup sehingga 77.5 tahun dan perempuan, 80.1 tahun.

  • Lelaki dan perempuan yang berumur 65 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 14.2 tahun dan 16.4 tahun lagi. Ini bermakna, lelaki yang berumur 65 tahun pada 2022 dijangka hidup sehingga 79.2 tahun dan perempuan, 81.4 tahun.

  • Etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki, 73.5 tahun dan perempuan, 79.4 tahun.

  • Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tahun 2020 hingga 2022. Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tahun 2020 dan 2021 manakala Kedah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2022.

JADUAL HAYAT 2019-2021.png

Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2019-2021

Pandemik COVID-19 Tidak Menjejaskan Purata Jangkaan Hayat Malaysia,
Bayi yang Lahir Pada Tahun Ini Secara Puratanya Dijangka Boleh Hidup Mencecah Umur 75.6 Tahun

  • Jangkaan hayat ketika lahir meningkat 1.3 tahun berbanding dua dekad yang lalu.

  • Seorang bayi yang lahir pada 2021 secara purata dijangka boleh hidup sehingga umur 75.6 tahun.

  • Seorang bayi perempuan yang baru lahir pada 2021 secara purata dijangka boleh hidup sehingga 78.3 tahun iaitu 5.1 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, 73.2 tahun.

  • Seorang lelaki yang mencapai umur 15 tahun pada 2021 dijangka boleh hidup selama 58.9 tahun lagi dan perempuan 64.0 tahun lagi.

  •  Lelaki dan perempuan yang mencapai umur 60 tahun pada 2021 masing-masing dijangka boleh hidup selama 18.9 tahun dan 21.8 tahun lagi.

  • Etnik Cina terus mencatatkan jangkaan hayat tertinggi ketika lahir dengan 78.3 tahun diikuti Bumiputera (74.4 tahun) dan India (73.7 tahun).

  • Pada 2021, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi di kalangan lelaki dan perempuan dicatatkan di W.P. Kuala Lumpur masing-masing dengan 75.7 tahun dan 80.5 tahun.

JADUAL HAYAT 2018-2020.jpg

Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2018-2020

Seorang bayi yang baru lahir pada 2020 dijangka hidup 0.4 tahun lebih lama iaitu mencapai 74.9 tahun

berbanding 74.5 tahun pada 2014.

  • Seorang bayi perempuan yang baru lahir dijangka hidup lebih lama sehingga 77.6 tahun manakala bayi lelaki dijangka hidup sehingga 72.6 tahun pada 2020.

  •  Bagi tempoh 2014-2020, jangkaan hayat ketika lahir bagi lelaki meningkat 0.2 tahun dari 72.4 tahun (2014) kepada 72.6 tahun (2020) manakala perempuan meningkat 0.6 tahun berbanding 77.0 tahun bagi tempoh yang sama

  • Lelaki dan perempuan yang mencapai umur 15 tahun pada 2020 masing-masing dijangka hidup selama 58.4 dan 63.2 tahun lagi. Ini bermakna, lelaki pada umur 15 tahun dijangka hidup sehingga umur 73.4 tahun dan perempuan sehingga umur 78.2 tahun.

  • Lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun masing-masing dijangka hidup selama 18.4 tahun dan 21.2 tahun lagi. Ini bermakna, lelaki yang berumur 60 tahun dijangka hidup sehingga umur 78.4 tahun dan perempuan sehingga umur 81.2 tahun. 

  • Perbezaan jangkaan hayat pada umur 60 tahun bagi lelaki dan perempuan adalah di antara 2.4 hingga 2.8 tahun bagi tempoh 2014-2020.

Hubungi Kami

Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi
Jabatan Perangkaan Malaysia

Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya

03-8885 7000

  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • YouTube
  • TikTok

lokasi

JOM Berhubung dengan kami

bottom of page