top of page
KULIT BUKU MUKIM.png

BANCI MALAYSIA 2020: MUKIM, BANDAR DAN PEKAN

557 daripada 1,065 Mukim telah Mencapai Kategori Menua 
dengan Lebih 7.0 Peratus Penduduk Umur Tua

  • Penduduk di Mukim meningkat daripada 15.3 juta pada 2010 kepada 18.6 juta pada 2020.

  • Penduduk di Bandar meningkat kepada 5.9 juta pada 2020 berbanding dengan 5.0 juta pada 2010.

  • Pekan mencatatkan taburan penduduk 2.0 juta pada 2020 (2010: 1 6 juta).

  • Bilangan tempat kediaman bagi Mukim berjumlah 5.6 juta manakala Bandar mencatatkan 1.9 juta dan Pekan dengan 0.6 juta tempat kediaman pada 2020

  • Mukim Hulu Kinta, Perak merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi Mukim 0.2 juta.

  • Bandar Ampang, Selangor merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi 0.1 juta dan Pekan Baru Sungai Buloh Selangor mencatatkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi Pekan 0.04 juta.

  • Mukim Pulai, Johor merekodkan bilangan tempat kediaman kosong tertinggi iaitu 0.05 juta.

  • Terdapat 557 daripada 1,065 Mukim yang telah mencapai kategori menua dengan lebih daripada 7.0 peratus.

  • Daripada 260 Bandar 155 telah mencapai kategori menua. Seterusnya, 50 peratus Pekan telah mencapai kategori menua.

  • Jumlah penduduk tertinggi bagi umur 0-14 tahun adalah Mukim Ayer Molek Melaka (73.4%) manakala bagi umur 15-64 tahun adalah Mukim Pulau Babi, Johor (96 2%).

  • Mukim Kerling Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih pada 25.2 peratus.

KULIT BUKU BANDAR LUAR BANDAR.png

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA:
BANDAR DAN LUAR BANDAR

Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020: Bandar dan Luar Bandar

  • Kadar perbandaran di Malaysia meningkat kepada 75.1 peratus (24.4 juta) pada 2020 berbanding 70.9 peratus (19.5 juta) pada 2010.

  • Rancangan Fizikal Negara ke-4 mensasarkan kadar perbandaran negara mencapai 85 peratus pada 2040. Enam buah negeri dan 31 daerah pentadbiran telah mencecah 85 peratus kadar perbandaran pada 2020.

  • Selangor mencatatkan penduduk bandar tertinggi iaitu 6.7 juta (2010: 4.9 juta) atau 27.5 peratus (2010: 25.1%) daripada penduduk bandar di Malaysia pada tahun 2020. Manakala Sabah merekodkan penduduk luar bandar tertinggi iaitu 1.5 juta atau 19.1 peratus daripada penduduk luar bandar.

  • Nisbah jantina pada 2020 bandar ialah 109 (2010: 105), lebih rendah berbanding luar bandar 112 (2010: 109).

  • Komposisi penduduk bandar merangkumi Bumiputera (62.6%), Cina (28.6%), India (8.1%), Lain-lain (0.7%) dan Bukan Warganegara (7.6%). Manakala peratusan penduduk luar bandar menunjukkan etnik Bumiputera (90.4%) adalah lebih dominan, diikuti oleh Cina (6.3%), India (2.4%), Lain-lain (0.9%) dan Bukan Warganegara (10.3%).

  • Tempat kediaman pada tahun 2020 berjumlah 9.6 juta dengan 7.4 juta (76.6%) di bandar dan 2.2 juta (23.3%) di luar bandar.

  • Jumlah isi rumah bandar pada 2020 adalah 6.3 juta (76.6%) dan luar bandar 1.9 juta (23.4%). Purata saiz isi rumah persendirian di luar bandar ialah 4.2 orang bagi setiap isi rumah, yang mana lebih tinggi berbanding bandar 3.9 orang.

  • Penduduk luar bandar telah mencapai status menua setelah penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) adalah 7.3 peratus (2010: 6.2%) berbanding 6.6 peratus (2010: 4.6%) bagi penduduk di bandar.

KULIT BUKU PBT.png

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA:
KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Komuniti Tempatan Menyatakan Lebih daripada 90 Peratus Kemudahan Pusat Agama dan Pusat Komuniti Berada dalam
Lima Kilometer daripada Tempat Kediaman, Lebih Tinggi daripada Balai Polis (66.5%) dan Balai Bomba (47.6%)

  • Terdapat 155 PBT termasuk Modified PBT yang telah disenaraikan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) pada tahun 2020 berbanding 148 PBT pada tahun 2010 dengan bilangan penduduk di PBT adalah sebanyak 32.1 juta berbanding 32.4 juta penduduk Malaysia pada tahun 2020. D.B. Kuala Lumpur mencatatkan bilangan penduduk tertinggi antara kesemua PBT iaitu 2.0 juta pada 2020 berbanding 1.6 juta pada 2010.

  • Taburan penduduk bagi Dewan/Majlis Bandaraya meningkat kepada 12.3 juta pada tahun 2020 berbanding 6.1 juta pada tahun 2010 berikutan pertambahan semulajadi penduduk dan penaiktarafan tujuh Majlis Perbandaran kepada Dewan/Majlis Bandaraya pada 2020. Taburan penduduk bagi Majlis Perbandaran pula meningkat kepada 11.8 juta pada 2020 daripada 11.5 juta pada 2010. Manakala Majlis Daerah menurun daripada 8.1 juta pada 2010 kepada 7.8 juta pada 2020. Modified PBT pula merekodkan taburan penduduk sebanyak 225.7 ribu pada 2020.

  • Bilangan lelaki melebihi perempuan bagi semua kategori PBT pada tahun 2020 dengan nisbah jantina bagi Dewan/Majlis Bandaraya (110), Majlis Perbandaran (110), Majlis Daerah (108) dan Modified PBT (102). Lembaga Pembangunan Tioman mencatatkan nisbah jantina tertinggi iaitu 133. Sebaliknya, terdapat sepuluh PBT di mana bilangan perempuan melebihi lelaki seperti M.D. Tanjong Malim (87), M.D Bachok (94) dan M.P. Kota Samarahan (96).

  • Peratusan tertinggi bagi penduduk umur muda (0-14 tahun) ialah Perbadanan Putrajaya (38.0%), diikuti oleh M.D. Gua Musang (36.3%) dan M.D. Kuala Penyu (34.6%). Manakala, bagi kumpulan umur 15-64 tahun, M.D Kinabatangan mencatatkan 78.8 peratus sebagai peratusan penduduk tertinggi di antara kesemua PBT, diikuti oleh M.D. Tanjong Malim (76.2%) dan M.D. Subis (74.3%). Bagi kumpulan umur 65 tahun dan ke atas, terdapat 66 daripada 155 PBT yang mempunyai penduduk tua dengan lebih daripada 7.0 peratus. M.D. Lenggong dan M.D. Lubok Antu merekodkan penduduk tua tertinggi iaitu 13.5 peratus.

  • Jumlah nisbah tanggungan tertinggi mengikut kategori PBT ialah Modified PBT dengan nisbah 54.5. Modified PBT mencatatkan nisbah tanggungan umur muda tertinggi (49.6), manakala Majlis Daerah mencatatkan nisbah tanggungan umur tua tertinggi (10.0). PBT yang mencatatkan jumlah nisbah tanggungan tertinggi ialah M.D. Tumpat dengan nisbah 68.1. Perbadanan Putrajaya mempunyai nisbah tanggungan umur muda tertinggi (62.6), manakala M.D. Lenggong mempunyai nisbah tanggungan umur tua tertinggi (21.2).

  • Jumlah isi rumah dalam PBT meningkat sebanyak 35.7 peratus daripada 6.0 juta pada 2010 kepada 8.2 juta pada 2020. D.B. Kuala Lumpur merekodkan bilangan isi rumah tertinggi sebanyak 573.5 ribu.

  • Purata saiz isi rumah persendirian dalam PBT adalah 3.9 pada 2020. Majlis Daerah merekodkan purata saiz isi rumah persendirian tertinggi (4.2), diikuti Majlis Perbandaran (3.9), Modified PBT (3.8) dan Dewan/Majlis Bandaraya (3.6).

  • Bilangan tempat kediaman tertinggi mengikut kategori PBT adalah Dewan/Majlis Bandaraya (3.9 juta), Majlis Perbandaran (3.4 juta), Majlis Daerah (2.2 juta) dan Modified PBT (67.0 ribu). D.B. Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tempat kediaman tertinggi iaitu 634.6 ribu, diikuti M.P. Kajang (315.6 ribu) dan M.B. Johor Bahru (313.7 ribu).

  • Terdapat 11 PBT telah melebihi paras minimum penduduk dan hasil tahunan PBT bagi setiap kategori PBT. Kategori Majlis Perbandaran mencatatkan lima PBT telah mencapai kedua-dua kriteria untuk dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya iaitu M.P. Kajang, M.P. Klang, M.P. Selayang, M.P. Sungai Petani dan M.P. Ampang Jaya. Manakala, sebanyak enam Majlis Daerah juga telah mencapai kedua-dua kriteria untuk dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran iaitu M.D. Pasir Mas, M.D. Tumpat, M.D. Kerian, M.D. Tangkak, M.D. Penampang dan M.D. Besut.

KULIT BUKU KECERGASAN.png

BANCI MALAYSIA 2020:
KESEJAHTERAAN PENDUDUK
(KECERGASAN)

8.7 juta rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif pada tahun 2020 dengan rekreasi,
brisk walking dan berlari adalah aktiviti yang paling digemari

  • Penerbitan Banci Malaysia 2020: Kesejahteraan Penduduk (Kecergasan) adalah kali pertama dikeluarkan sejak lima edisi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Penerbitan ini menyediakan maklumat tentang statistik kesejahteraan bagi aspek kecergasan dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun 2020 berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).

  • 16.1 juta responden telah menjawab soalan kecergasan Banci Malaysia 2020 yang mana, 8.7 juta penduduk melaporkan telah terlibat dalam aktiviti sukan atau senaman. Aktiviti tersebut adalah termasuk brisk walking, berlari, rekreasi, berbasikal, berenang, aktiviti gimnasium, zumba/ aerobik, taichi/ yoga, e-sport, sukan lasak dan lain-lain.

  • Selangor dan Johor adalah dua negeri dengan jumlah penglibatan penduduk dalam aktiviti yang melebihi 1 juta orang, masing-masing iaitu 1.3 juta dan 1.2 juta.

  • 62.4 peratus daripada 8.7 juta penduduk aktif pada 2020 telah melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti fizikal, 22.8 peratus terlibat dalam dua aktiviti dan 14.8 peratus melakukan tiga aktiviti dan lebih.

  • Rekreasi (4.2 juta orang), brisk walking (2.8 juta orang) dan berlari (2.1 juta orang) adalah aktiviti yang paling digemari yang menarik sebilangan besar penggemar dalam kalangan rakyat Malaysia.

  • Penemuan Banci Malaysia 2020 menunjukkan bahawa 61.0 peratus penduduk umur muda di Malaysia terlibat dalam sukan atau senaman, diikuti 55.0 peratus penduduk umur bekerja dan kategori umur tua mencatatkan paling rendah iaitu 33.0 peratus.

  • 80 peratus responden melaporkan tempat kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan taman permainan dan padang bola adalah dalam lingkungan 0-5 kilometer dari tempat kediaman.

KULIT BUKU HUBUNGAN SOSIAL.png

BANCI MALAYSIA 2020:
KESEJAHTERAAN PENDUDUK 
(HUBUNGAN SOSIAL)

Nilai Kekeluargaan dan Kejiranan Masih Tinggi di Malaysia:
81.9 peratus Makan Malam Bersama dan 93.5 peratus Berinteraksi dengan Jiran

  • Penerbitan Banci Malaysia 2020: Kesejahteraan Penduduk (Hubungan Sosial) dikeluarkan buat julung kalinya berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020. Penerbitan ini mengandungi statistik akaun media sosial, capaian internet, makan bersama dalam tempoh seminggu dan interaksi dengan jiran dalam sebulan.

  • Penduduk Malaysia mempunyai kejiranan yang lebih baik apabila 93.5 peratus berinteraksi dengan jiran dalam sebulan, manakala 41.4 peratus berinteraksi dengan jiran setiap hari, 41.5 peratus sekurang-kurangnya sekali seminggu dan 10.6 peratus sekurang-kurangnya sekali sebulan. Namun, 6.5 peratus responden mengaku tidak pernah berinteraksi dengan jiran dalam tempoh sebulan.

  • 81.9 peratus daripada 13.3 juta responden makan bersama semasa makan malam, manakala 73.4 peratus bersarapan dan 67.4 peratus makan tengah hari bersama. Peratusan responden makan bersama yang lebih rendah pada minum petang (19.4%), kudapan (15.3%) dan makan lewat malam (5.9%) bersama dalam seminggu. Dari segi kekerapan, lebih 50 peratus responden makan bersama 5 hingga 7 kali seminggu semasa sarapan pagi (60.3%), makan tengah hari (57.1%) dan makan malam (75.9%).

  •  WhatsApp mempunyai pengguna media sosial tertinggi dengan 86.5 peratus atau 13.8 juta orang daripada 16.0 juta orang yang memberi respons. Dua pertiga daripada responden (77.1%; 12.3 juta) melaporkan menggunakan Facebook, diikuti oleh 39.2 peratus (6.3 juta orang) menggunakan Instagram. Peratusan lebih kecil bagi responden yang menggunakan Telegram (23.2%), X (11.7%), LinkedIn (4.8%) dan Lain-lain (1.5%).

  • Data mudah alih digunakan secara meluas sebagai mod kebolehcapaian internet di Malaysia dengan jumlah 11.8 juta orang. Akses internet di rumah adalah yang kedua paling diutamakan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan jumlah 5.3 juta pengguna dan diikuti dengan tempat bekerja (2.6 juta orang), kemudahan akses internet percuma (0.8 juta orang), pusat pendidikan (0.7 juta orang), rumah orang lain (0.5 juta orang) dan kemudahan akses internet komuniti (0.4 juta orang).

Hubungi Kami

Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi
Jabatan Perangkaan Malaysia

Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya

03-8885 7000

  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • YouTube
  • TikTok

lokasi

JOM Berhubung dengan kami

bottom of page