

Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2023
Tahap Kesaksamaan Gender Secara Keseluruhannya Bertambah Baik
dengan Merekodkan Skor Kesaksamaan 69.4 Peratus Pada 2022
-
MGGI mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi Peluang dan Penyertaan Ekonomi, Pencapaian Pendidikan, Kesihatan dan Kehidupan, dan Penguasaan Politik. Skor dengan nilai 1.0 (100%) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
-
Indeks ini disediakan berdasarkan metodologi daripada Global Gender Gap Index (GGGI) yang diterbitkan oleh WEF menggunakan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan juga beberapa agensi lain di Malaysia. MGGI 2022 terdiri daripada empat sub-indeks dan 14 pembolehubah.
-
MGGI menunjukkan purata skor 0.694, atau 69.4 peratus pada 2022. Pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub-indeks Pencapaian pendidikan dengan skor 1.067. Sub-indeks Kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.961, diikuti sub-indeks Peluang dan penyertaan ekonomi (skor 0.644). Penguasaan politik mencatatkan skor terendah iaitu 0.102 yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam arena politik.
-
Tiga (3) negeri teratas yang mencatatkan skor MGGI yang tinggi adalah W.P. Putrajaya dengan skor 0.792, diikuti W.P. Kuala Lumpur (0.767) dan W.P. Labuan (0.736).
-
Lapan negeri merekodkan skor di bawah paras kesaksamaan nasional iaitu Pulau Pinang (0.693), Kedah (0.693), Sarawak (0.681), Pahang (0.679), Perlis (0.678), Negeri Sembilan (0.674), Johor (0.670) dan Terengganu (0.663

Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2022
Tahap Kesaksamaan Gender 2021 Menurun 0.7 Mata Peratus
dengan Tujuh Negeri Mencatatkan Skor Di Bawah Paras Kesaksamaan Nasional
-
MGGI mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi Peluang dan Penyertaan Ekonomi, Pencapaian Pendidikan, Kesihatan dan Kehidupan, dan Penguasaan Politik. Skor dengan nilai1.0 (100%) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
-
Indeks ini disediakan berdasarkan metodologi daripada Global Gender Gap Index (GGGI) yang diterbitkan oleh WEF menggunakan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan juga beberapa agensi lain di Malaysia. MGGI 2021 terdiri daripada empat sub-indeks dan 14 pembolehubah.
-
MGGI menunjukkan purata skor 0.707, ataupun 70.7 peratus pada 2021. Pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub-indeks Pencapaian pendidikan dengan skor 1.060. Sub-indeks Kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.960, diikuti sub-indeks Peluang dan penyertaan ekonomi (skor 0.709). Penguasaan politik mencatat skor terendah iaitu 0.100 yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam arena politik.
-
Tiga (3) negeri yang mencatatkan skor MGGI tertinggi adalah W.P. Kuala Lumpur dengan skor 0.842, diikuti W.P. Putrajaya (0.762) dan Melaka (0.761).
-
Tujuh negeri merekodkan skor di bawah paras kesaksamaan nasional iaitu Sabah (0.704), Kedah (0.703), Pahang (0.702), Perlis (0.699), Pulau Pinang (0.695), Perak (0.694) dan Negeri Sembilan (0.686).

Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2021
Tahap Kesaksamaan Gender Secara Keseluruhannya Bertambah Baik
dengan Merekodkan Skor Kesaksamaan 71.4 Peratus Pada Tahun 2020.
-
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi Peluang dan Penyertaan Ekonomi, Pencapaian Pendidikan, Kesihatan dan Kehidupan, dan Penguasaan Politik. Skor dengan nilai 1.0 (100%) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
-
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) menunjukkan purata skor 0.714, ataupun 71.4 peratus pada 2020. Pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub-indeks Pencapaian Pendidikan dengan skor 1.059. Sub-indeks Kesihatan dan Kehidupan mencatatkan skor 0.956, diikuti sub-indeks Peluang dan Penyertaan Ekonomi (skor 0.738).
-
Penguasaan politik mencatat skor terendah iaitu 0.100 yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam Parlimen dan Menteri Kabinet.
-
DOSM juga menyenaraikan MGGI mengikut negeri bagi 2020 dalam penerbitan ini. Tiga negeri yang mencatatkan skor tertinggi pada tahun 2020 ialah W.P. Kuala Lumpur, W.P. Putrajaya, dan Perlis. W.P. Kuala Lumpur mendahului skor yang paling tinggi pada 2020 iaitu 0.853, diikuti W.P. Putrajaya (skor 0.793) dan Perlis mencatatkan skor 0.782.

Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2020
Tahap Kesaksamaan Gender Merosot kepada 70.9 Peratus dengan
Penguasaan Politik Merekodkan Skor Terendah dan Lapan Negeri Mencatatkan Skor di Bawah Paras Kesaksamaan Nasional
-
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi Peluang dan Penyertaan Ekonomi, Pencapaian Pendidikan, Kesihatan dan Kehidupan, dan Penguasaan Politik. Skor dengan nilai 1.0 (100%) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
-
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) menunjukkan purata skor 0.709, ataupun 70.9 peratus pada 2019. Pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub-indeks Pencapaian Pendidikan dengan skor 1.053. Sub-indeks Kesihatan dan Kehidupan mencatatkan skor 0.958, diikuti sub-indeks Peluang dan Penyertaan Ekonomi (skor 0.717).
-
Penguasaan politik mencatat skor terendah iaitu 0.108 yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun, peratusan skor telah meningkat berbanding 2018 (0.106).
-
DOSM memperkenalkan MGGI mengikut negeri bagi 2019 untuk pertama kalinya dalam penerbitan ini. Tiga negeri yang mencatatkan skor tertinggi pada tahun 2019 ialah W.P. Kuala Lumpur, Kelantan dan Perlis. W.P. Kuala Lumpur mendahului skor yang paling tinggi pada 2019 iaitu 0.846, diikuti Kelantan (skor 0.795) dan Perlis mencatatkan skor 0.769.