top of page
Search

Banci Malaysia 2020

  • Apr 21, 2022
  • 1 min read

Updated: Apr 23, 2022

Tahukah anda?

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) yang keenam telah dilancarkan pada bulan Julai 2020. Projek nasional yang besar dan berimpak tinggi ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk masa depan negara.


Ia mengandungi maklumat yang dapat membantu kerajaan dalam perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Data yang diperoleh daripada Banci Malaysia 2020 ini akan menjadi rujukan penting kepada Kerajaan, ahli akademik, sektor swasta, pihak berkuasa tempatan, NGO dan individu sebagai input penggubalan dasar, pemantauan dan penilaian keberkesanan program pembangunan negara serta penyelidikan.


Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 akan digunakan bagi tujuan pengukuran pencapaian Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Agenda 2030 akan terus digabungkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan kedua-dua inisiatif ini menjadi tema asas kepada Rancangan Malaysia ke-12 (2021 hingga 2025) dan Rancangan Malaysia ke-13 (2026 hingga 2030).


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mycensus.gov.my/



 
 
 

Comments


Hubungi Kami

Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi
Jabatan Perangkaan Malaysia

Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya

03-8885 7000

  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • YouTube
  • TikTok

lokasi

JOM Berhubung dengan kami

bottom of page