top of page
Search

BANJIR 2021: Kos kerugian banjir di Malaysia tahun lalu mencecah RM6.1 bilion

Updated: Mar 21, 2024


ree

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menjalankan survei khas untuk menilai impak banjir yang melanda Malaysia pada pertengahan bulan Disember 2021. Survei ini telah dijalankan pada 30 Disember 2021 sehingga 27 Januari 2022. Negeri-negeri yang terkesan adalah Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan W.P. Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini mengeluarkan LAPORAN KHAS IMPAK BANJIR DI MALAYSIA 2021. Laporan ini membentangkan impak banjir di Malaysia 2021, kajian kes di sekitar Lembah Klang dan statistik ekonomi sosial di peringkat daerah.



Jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir bernilai RM6.1 bilion bersamaan 0.40 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar nominal. Tempat kediaman mengalami kerugian sebanyak RM1.6 bilion, kenderaan RM1.0 bilion, pembuatan RM0.9 bilion, premis perniagaan RM0.5 bilion, pertanian RM90.6 juta dan aset awam & infrastruktur sebanyak RM2.0 bilion.

ree



BPPD telah menghasilkan newsletter berkaitan fakta dan angka bencana banjir di lokaliti terjejas. Pengguna boleh memuat turun dokumen ini dengan menekan butang dibawah.





 
 
 

Comments


Hubungi Kami

Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi
Jabatan Perangkaan Malaysia

Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya

03-8885 7000

  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • YouTube
  • TikTok

lokasi

JOM Berhubung dengan kami

bottom of page