Catatan Ringkas Amanat Tahun Baharu 2023 YBhg. Dato’ Sri Dr. Ketua Perangkawan Malaysia
- BPPD DOSM

- Jan 10, 2023
- 3 min read
Updated: Mar 14, 2024

Survei Khas Banjir pada 30 Disember 2021 sehingga 27 Januari 2022.
Pengeluaran Laporan Penemuan Utama Banci perlu disiapkan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh tutup Banci Malaysia iaitu pada 31 Oktober 2021 yang meliputi laporan bagi 16 Negeri dan 160 daerah pentadbiran
Turut mengeluarkan buku Penerbitan Statistik Subnasional DUN (222 parlimen dan 600 DUN).
Sebanyak 1,549 buku laporan statistik telah diterbitkan berbanding tahun 2021 dengan hanya 509 penerbitan.
Pecahan penerbitan adalah seperti berikut:
218 penerbitan secara bulanan;
68 penerbitan secara suku tahunan;
268 penerbitan secara tahunan;
995 penerbitan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia;
Sebanyak 264 Stats Alert telah disediakan dan diedarkan melalui emel kepada lebih kurang 5960 penerima tetap.
DOSM telah membangunkan pelbagai sistem penyampaian statistik secara atas talian (Online Services) seperti portal (7 portal), Visual Interaktif (5), Aplikasi Mudah Alih (2) dan Dashboard(13). Pada tahun 2022 terdapat 5 dashboard baharu yang telah dibangunkan seperti berikut:
Population and Housing Census of Malaysia Dashboard (MyCenDash);
OpenDOSM;
Kawasanku;
MyDemography; dan
Malaysia Input-Output Table (MyIOT).
Survei Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Malaysia 2022 (SURVEI HIES & BA 2022) pada 2 Januari hingga Disember 2022.
Secara keseluruhan, survei ini meliputi semua negeri dan kesemua 160 daerah pentadbiran di Malaysia yang melibatkan anggaran sebanyak 92,800 tempat kediaman atau lebih kurang 500,000 orang penduduk.
Siri Jelajah Parlimen dan DUN oleh Ketua Perangkawan Malaysia bagi sesi Taklimat Penemuan Utama Banci 2022 dan sesi interaktif bersama dengan YB daripada Negeri-Negeri berkenaan.
Persidangan MyStats 2022. Persidangan ini adalah untuk berkongsi hasil analisis dan penemuan baharu serta bertukar pandangan dan idea dikalangan pencinta statistik seperti penyelidik, pakar statistik, industri, universiti dan pengguna data berkenaan cabaran dalam penyusunan,penggunaan dan penyebaran statistik rasmi Negara.
Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) dan Sedekad ILSM. Pengisian sambutan HSN kali ini turut memuatkan Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk “Nadi Negaraku” yang dilaksanakan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).
Aktiviti luar Negara sepanjang tahun 2022:
Penyertaan dalam agensi Antarabangsa sebanyak 198 program antarabangsa yang melibatkan 1,076 orang pegawai.
DOSM telah dijemput sebagai tenaga pengajar,panel, pembentang kertas penyelidikan dalam 25 mesyuarat kumpulan pakar,kursus, bengkel dan persidangan anjuran antarabangsa yang melibatkan seramai 41 orang pegawai.
DOSM telah diiktiraf sebagai ahli dalam 53 Jawatankuasa, Kumpulan Pakar,Kumpulan Kerja, Persatuan di peringkat antarabangsa.
DOSM telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bersama Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC) pada tahun 2020 di New York.
Jalinan komunikasi dan kerjasama strategik dikalangan pengguna data dan masyarakat melalui pelbagai medium terutama media sosial iaitu Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.
DOSM juga berusaha menanamkan semangat cintakan statistik di kalangan pelajar-pelajar melalui program literasi statistik daripada kolej dan universiti ke DOSM.
DOSM telah menerima sebanyak 52 Kunjungan Muhibah/ Hormat dari pelbagai pihak yang ingin mendapatkan khidmat nasihat teknikal dalam bidang statistik.
Pengukuhan Sistem Statistik Negara (PSSN) diterajui oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertindak sebagai Agensi Pusat perkhidmatan statistik.
Hasrat dan Impian DOSM 2023 ,DOSM telah merangka strategi dalam Pelan Strategik Jabatan Perangkaan Malaysia 2021-2025 untuk menjadi ‘Peneraju Perkhidmatan Statistik Demi Kesejahteraan Sejagat’.
Penentuan teras strategik bagi tempoh 2021-2025 adalah berpandukan kepada transisi dalam persekitaran sosioekonomi global, kerangka dasar pembangunan negara, perkembangan komuniti statistik antarabangsa, revolusi teknologi maklumat dan komunikasi, era pendigitalan, pemerkasaan modal insan serta peningkatan kompleksiti permintaan produk dan perkhidmatan statistik.
Usaha meningkatkan koordinasi antara Jabatan dan Kementerian dan meningkatkan sistem statsitik negara.
Setiap Kementerian/Jabatan/Agensi tidak lagi boleh bergerak secara silo dan perlu bersikap “facilitating”, agar penyelarasan statistik dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Perkongsian dapat dikongsi (data sharing) mengikut peraturan, diintegrasi dan dianalisis secara big data analytical, pastinya dapat membantu Kerajaan untuk lebih memahami pelanggan, seterusnya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.
DOSM telah mencadangkan penubuhan Pengukuhan Sistem Statistik Negara atau dikenali sebagai PSSN yang bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus sistem statistik negara menerusi mekanisma Mesyuarat Tertinggi Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN) bersama Jawatan Kuasa Eksekutif MSDN.
Cabaran DOSM juga di tahun 2023 adalah bagaimanakah untuk menguruskan projek-projek, yang berkos besar seperti Banci Ekonomi 2023 dan Banci Pertanian 2024 mengikut tempoh dan kos yang ditetapkan, serta memenuhi ekpektasi pemegang taruh.
"Selamat Tahun Baharu 2023 dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga DOSM di atas dedikasi dan komitmen dalam memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan melalui semangat muhibah dan jalinan kerjasama dan seterusnya berjaya memanifestasikan DOSM sebagai satu jenama global di persada antarabangsa."



Comments