top of page
Search

PERANGKAAN DEMOGRAFI SUKU TAHUN KEDUA 2021

  • Aug 18, 2021
  • 1 min read

Pada suku tahun kedua tahun ini, jumlah kelahiran hidup mencatatkan penurunan sebanyak 4.4 peratus (111,573 kelahiran), berbanding suku tahun kedua 2020 (116,688 kelahiran). Kelahiran bayi perempuan melebihi bayi lelaki iaitu 55,881 kelahiran berbanding bayi lelaki (55,692 kelahiran).


Sebanyak 44,307 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2021, meningkat 10.1 peratus berbanding suku tahun kedua 2020 (40,241 kematian). Sejumlah 25,216 kematian adalah lelaki sementara 19,091 kematian adalah perempuan.


Berdasarkan data anggaran penduduk semasa, penduduk Malaysia pada suku tahun kedua 2021 dianggarkan 32.66 juta orang, meningkat 0.2 peratus berbanding suku tahun kedua 2020 (32.58 juta). Jumlah penduduk ini merangkumi 29.96 juta orang (91.8%) Warganegara dan 2.69 juta orang (8.2%) Bukan Warganegara. Komposisi penduduk Bukan Warganegara menurun daripada 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2020 kepada 8.2 peratus pada suku tahun kedua 2021.








A. Pautan Penerbitan:


B. Senarai liputan:

 
 
 

Comments


Hubungi Kami

Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi
Jabatan Perangkaan Malaysia

Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya

03-8885 7000

  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • YouTube
  • TikTok

lokasi

JOM Berhubung dengan kami

bottom of page