SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA - TERIMA KASIH ATAS JASA DAN DEDIKASI ANDA
- BPPD DOSM

- May 12, 2022
- 1 min read

Sempena Hari Jururawat yang disambut pada 12 Mei setiap tahun, kami di Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi (BPPD), Jabatan Perangkaan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh jururawat di Malaysia. Terima kasih atas segala kerja keras kalian dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada kami. Terima kasih jua kepada jururawat yang menabur bakti dengan penuh dedikasi.
Pada tanggal 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat disambut di seluruh dunia sebagai mengenang jasa golongan jururawat yang sanggup berkorban tenaga dan masa dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Fakta menarik: Terdapat 132,283 jururawat di sektor kerajaan dan swasta di Malaysia pada tahun 2020 dan nisbah seorang jururawat kepada penduduk Malaysia adalah 1 : 247 orang.



Comments