Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020
- BPPD DOSM

- Mar 21, 2024
- 1 min read

Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia, demikian menurut laporan Menelusuri Statistik Sosial Malaysia (MSSM) Edisi 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, mengalami proses perbandaran yang pesat dalam tempoh tiga dekad lepas.
“Penduduk bandar di Malaysia hanya 28.4 peratus pada tahun 1970, meningkat kepada 50.7 peratus pada tahun 1991 dan mencecah 75.1 peratus pada tahun 2020,” Kata Ketua Perangkawan.
BERNAMA



Comments